MyJaynor Enterprise 2005-2009

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Perkhidmatan Wi-Fi RAKANET

Akses Wi-Fi

 

MYJAYNOR ENTERPRISE telah memulakan perkhidmatan Internet Prabayar Tanpa Wayar (Wi-Fi) pada bulan April 2010. Kemudahan ini disediakan khusus untuk penduduk taman perumahan di pinggir-pinggir bandar. Dengan menggunakan SSID : RAKANET-Hotspot, pengguna dapat melayari Internet mengikut pakej yang ditawarkan oleh kami.

Setiap pengguna akan memperolehi kadar kelajuan sehingga 512kbps tanpa had. Pengguna boleh membeli Kad Prabayar dengan cara tunai atau Kad Kredit secara terus(online). Kod Prabayar RAKANET-Hotspot boleh digunakan di mana-mana kawasan liputan kami di seluruh malaysia.

Untuk mendapatkan perkhidmatan Internet Tanpa Wayar ini, anda boleh menggunakan Komputer Riba(Notebook), Komputer, Telepon Bimbit dan juga PDA yang mempunyai spesifikasi 802.11 b/g Wi-Fi standard. Luas liputan di setiap rangkaian RAKANET-Hotspot adalah 600 meter persegi. Pengguna dapat melayari internet di dalam dan luar rumah.  

Laman Blog RAKANET menyediakan kemudahan penyebaran berita terkini dan pengiklanaon percuma kepada ahli yang berdaftar. Oleh itu daftarlah dengan segera di www.rakanet.net.